Iblis berkata kepada Tuhannya: Wahai Tuhan! Adam telah diturunkan dan aku tahu bahawa akan ada baginya kitab dan para rasul

TEKS BAHASA ARAB

قَالَ إِبْلِيسُ لِرَبِّهِ: يَا رَبِّ! قَدْ أُهْبِطَ آدَمُ، وَقَدْ عَلِمْتُ أَنَّهُ سَيَكُونُ كِتَابٌ وَرُسُلٌ؛ فَمَا كِتَابُهُمْ وَرُسُلُهُمْ؟ قَالَ: قَالَ رُسُلُهُمْ الْمَلائِكَةُ، وَالنَّبِيُّونَ مِنْهُمْ، وَكُتُبُهُمْ التَّوْرَاةُ وَالزَّبُورُ وَالإِنجيلُ وَالْفُرْقَانُ. قَالَ: فَمَا كِتَابِي؟ قَالَ: كِتَابُكَ الْوَشْمُ، وَقُرآنُكَ الشِّعْرُ، وَرُسُلُكَ الْكَهَنَةُ، وَطعامُكَ مَا لا يُذْكَرُ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ، وَشَرابُكَ كُلُّ مُسْكِرٍ، وَحَدِيْثُكَ (الأصلُ: وَصِدْقُكُ) الْكَذِبُ، وَبيتُكَ الْحَمَّامُ، وَمصائدُكَ النِّسَاءُ، وَمُؤَذِّنُكَ الْمِزْمارُ، وَمَسْجِدُكَ الأَسْوَاقُ


TEKS BAHASA MALAYSIA

Iblis berkata kepada Tuhannya: Wahai Tuhan! Adam telah diturunkan dan aku tahu bahawa akan ada baginya kitab dan para rasul, jadi apakah kitab mereka dan rasul mereka? Allah menjawab: Rasul mereka adalah malaikat dan para nabi termasuk daripada kalangan mereka, kitab mereka adalah Taurat, Injil, Zabur dan Furqan (al-Quran). Iblis berkata: Lalu apakah kitabku? Allah berkata: Kitab kamu adalah tatu, quran kamu adalah syair, para rasul kamu adalah bomoh. Makanan kamu adalah sesuatu yang tidak disebut padanya nama Allah, minuman kamu adalah setiap yang memabukkan dan kata-kata kamu (Asal: kebenaran kamu) adalah dusta, rumah kamu adalah tandas, perangkap kamu adalah wanita, muazzin kamu adalah seruling dan masjid kamu adalah pasar-pasar.


STATUS

Munkar


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1710, hadis nombor 8601. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin Abbas RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah.

Ia dinilai munkar oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs