Saudaraku Musa berkata: Wahai Tuhan! Tunjukkanlah aku apa yang telah engkau perlihatkan kepadaku di kapal

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قَالَ أَخِي مُوسَى: يَا رَبِّ! أَرِنِي الَّذِي كُنْتَ أَرَيْتَنِي فِي السَّفِينَةِ، فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ: إِنَّكَ سَتَرَاهُ، فَلَمْ يَلْبَثْ إِلَّا يَسِيراً حَتَّى أَتَاهُ الْخَضِرُ، وَهُوَ فتى طَيِّبُ الرِّيحِ، حُسْنُ بَيَاضِ الثِّيَابِ، مُشَمِّرُها، فَقَالَ: السَّلَامُ عَلَيْكَ، إِنَّ رَبَّكَ يَقْرَأُ عَلَيْكَ السَّلَامَ. فقَالَ مُوسَى: هُوَ السَّلَامُ، وَإِلَيْهِ السَّلَامُ، وَمِنْهُ السَّلَامُ، وإليه يرجع السلامُ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الَّذِي لَا أُحْصِي نِعَمَهُ إِلَّا بِمَعُونَتِهِ


TEKS BAHASA MALAYSIA

Saudaraku Musa berkata: Wahai Tuhan! Tunjukkanlah aku apa yang telah engkau perlihatkan kepadaku di kapal. Lalu Allah berwahyu kepadanya: Sesungguhnya engkau akan melihatnya. Tidak lama kemudian telah datang kepadanya Khidir dan beliau merupakan seorang pemuda yang wangi baunya, berbaju yang sangat putih dan dia melipat tangan bajunya. Lalu dia berkata: Assalamu’alaik, sesungguhnya Allah telah mengucapkan salam ke atasmu. Musa menjawab: Dialah al-Salam, dan kepada-Nya juga kesejahteraan dan dari-Nya kesjahteraan dan kepada-Nya juga kembali kesejahteraan itu. Segala puji bagi Tuhan sekalian alam yang tidak dapat aku kira nikmat-Nya melainkan dengan pertolongan-Nya.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1710, hadis nombor 8602. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Sa'id al-Khudri RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Abu Muhammad al-Busti dalam tafsirnya.

Ia dinilai palsu oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon