TEKS BAHASA ARAB
إنه يكون للوالدين على ولدهما دين، فإذا كان يوم القيامة يتعلقان به. فيقول: أنا ولدكما! فيودان أو يتمنيان لو كان أكثر من ذلك!
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya bagi ibu bapa itu ada hutang terhadap anaknya, yang mana pada hari kiamat, ibu bapa tersebut bergantung dengan anaknya. Anak itu berkata kepada ibubapanya: Aku ialah anak kamu berdua! (Ketika itu) Mereka (ibubapa) ingin dan berharap sekiranya anaknya lebih ramai daripada itu.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 949, hadis nombor 4899. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن زاذان قال: دخلت على عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – وقد سبق إلى مجلسه أصحاب الخز والديباج، فقلت: أدنيت الناس وأقصيتني؟! فقال: اذن، فأدناني حتى أقعدني على بساطه، ثم قال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول:(( إنه يكون للوالدين على ولدهما دين، فإذا كان يوم القيامة يتعلقان به. فيقول: أنا ولدكما! فيودان أو يتمنيان لو كان أكثر من ذلك!))
[طب، ((الضعيفة)) (5012)].
(Munkar)
Daripada Zazan, dia berkata: Aku telah masuk berjumpa dengan Abdullah bin Mas’ud, yang mana golongan pemilik sutera (bangsawan) telah hadir dulu dalam majlisnya, lalu aku bertanya: “Engkau menghampiri golongan itu dan meminggirkan aku?”. Lalu Ibn Mas’ud berkata: “Dekati aku, sambil beliau menjadikan aku hampir dan aku duduk hamparannya, lalu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya bagi ibu bapa itu ada hutang terhadap anaknya, yang mana pada hari kiamat, ibu bapa tersebut bergantung dengan anaknya. Anak itu berkata kepada ibubapanya: Aku ialah anak kamu berdua! (Ketika itu) Mereka (ibubapa) ingin dan berharap sekiranya anaknya lebih ramai daripada itu."
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5012].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.