Sesungguhnya di neraka jahanam terdapat sebuah lembah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن في جهنم لوادياً تستعيذ جهنم من ذلك الوادي كل يوم أربع مئة مرة أعد ذلك الوادي للمرائين من أمة محمد صلى الله عليه وسلم : لحامل كتاب الله، وللمصدق في غير ذات الله وللحاج إلى بيت الله وللخارج في سبيل الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya di neraka jahanam terdapat sebuah lembah yang mana neraka jahanam meminta perlindungan daripada lembah tersebut sebanyak empat ratus kali sehari. Lembah tersebut disediakan untuk golongan daripada kalangan umat Nabi Muhammad SAW yang suka berbangga dengan amalannya. Ianya disediakan untuk penghafaz al-Quran, orang bersedekah bukan kerana Allah, orang yang melaksanakan haji ke Baitullah dan seorang yang keluar berjuang di jalan Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1009, hadis nombor 5198. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: إن في جهنم لواديا تستعيذ جهنم من ذلك الوادي كل يوم أربع مئة مرة أعد ذلك الوادي للمرائين من أمة محمد ﷺ: لحامل كتاب الله وللمصدق في غير ذات الله وللحاج إلى بيت الله، وللخارج في سبيل الله. [طب، الضعيفة (5023)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya di neraka jahanam terdapat sebuah lembah yang mana neraka jahanam meminta perlindungan daripada lembah tersebut sebanyak empat ratus kali sehari. Lembah tersebut disediakan untuk golongan daripada kalangan umat Nabi Muhammad SAW yang suka berbangga dengan amalannya. Ianya disediakan untuk penghafaz al-Quran, orang bersedekah bukan kerana Allah, orang yang melaksanakan haji ke Baitullah dan seorang yang keluar berjuang di jalan Allah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha'ifah, no. 5023].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.