Hukuman bagi tukang sihir adalah dipancung dengan pedang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حد الساحر ضربة بالسيف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hukuman bagi tukang sihir adalah dipancung dengan pedang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 771, hadis nombor 3942. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جندب – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: «حد الساحر ضربة بالسيف». [ت، قط، ك، طب، الرامهرمزي في «الفاصل»، عد، هق، «الضعيفة» (1446)]

(Lemah) Daripada Jundub RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Hukuman bagi tukang sihir adalah dipancung dengan pedang.” [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, al-Daraqutni dalam al-Sunan, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Ramahurmuzi dalam al-Fasil, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1446]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.