Mana-mana wanita yang memasukkan ke dalam sesuatu kaum apa yang bukan dari mereka

TEKS BAHASA ARAB

أيما امرأة أدخلت على قوم من ليس منهم، فليست من الله في شيء، ولن يدخلها الله جنته، وأيما رجل جحد ولده وهو ينظر إليه احتجب الله منه، وفضحه على رؤوس الأولين والآخرين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mana-mana wanita yang memasukkan ke dalam sesuatu kaum apa yang bukan dari mereka, maka dia tidak akan mendapat apa-apa di sisi Allah, dan Allah tidak akan memasukkan ke dalam syurgaNya. Mana-mana lelaki yang mengkafirkan anaknya dalam keadaan dia melihat anaknya maka Allah akan hijabkan dia darinya, dan memalukan dia ke atas kesemua pembesar-pembesar dari zaman awal hingga ke akhir.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 771, hadis nombor 3941. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه – أنه سمع رسول الله ﷺﷺ حين نزلت آية المتلاعنين: «أيما امرأة أدخلت على قوم من ليس منهم، فليست من الله في شيء، ولن يدخلها الله جنته، [وأيما رجل جحد ولده وهو ينظر إليه احتجب الله منه، وفضحه على رؤوس الأولين والآخرين]». [د، ن، الدارمي، حب، ك، هق، «الضعيفة» (1427)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA bahawa dia mendengar Rasulullah SAW ketika turun ayat dua orang yang saling melaknat antara satu sama lain: “Mana-mana wanita yang memasukkan ke dalam sesuatu kaum apa yang bukan dari mereka, maka dia tidak akan mendapat apa-apa di sisi Allah, dan Allah tidak akan memasukkan ke dalam syurga-Nya. Mana-mana lelaki yang mengkafirkan anaknya dalam keadaan dia melihat anaknya maka Allah akan hijabkan dia darinya, dan memalukan dia ke atas kesemua pembesar-pembesar dari zaman awal hingga ke akhir.” [Riwayat Abu Daud dalam al-Sunan, al-Nasaie dalam al-Sunan, al-Darimi dalam al-Sunan, Ibn Hibban dalam Sahihnya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no 1427]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs