Hendaklah kamu memuliakan lembu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أكرموا البقر فإنها سيد البهائم ما رفعت طرفها إلى السماء منذ عبد العجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Hendaklah kamu memuliakan lembu. Sesungguhnya ia penghulu bagi segala binatang ternakan. Ia tidak pernah mengangkat tanduknya ke langit semenjak anak lembu disembah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 171, hadis nombor 44. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن أنس مرفوعا وهو موضوع. والمتهم به: عبد الله بن وهب النسوي وضاع.

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Anas secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), sedangkan hadith ini palsu. Perawi yang dituduh ialah Abdullah bin Wahab Nasawi seorang pereka hadith palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.