TEKS BAHASA ARAB
لولا المرأة لدخل الرجل الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kalaulah tidak kerana perempuan, pasti golongan lelaki masuk syurga.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 68, hadis nombor 379. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Bishr bin al-Husain, seorang perawi matruk (ditinggalkan hadithnya). Ibn al-Jawzi dan al-Zahabi mendakwanya melakukan pendustaan terhadap hadith tersebut dan kedua mereka berkata: Ia palsu.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.