Hendaklah kalian makan malam walaupun sedikit daripada roti kering

TEKS BAHASA ARAB

حديث: تعشوا ولو بكف من حشف، فإن ترك العشاء مهرمة.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Hendaklah kalian makan malam walaupun sedikit daripada roti kering, kerana sesungguhnya meninggalkan makan malam itu membawa kelemahan.


STATUS

Terlalu lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 157, hadis nombor 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الترمذي من حديث أنس مرفوعا، وقال: حديث منكر لا نعرفه إلا من هذا الوجه. وعنبسة ضعيف في الحديث، وعبد الملك بن علاق مجهول.
وقد أخرجه ابن ماجه من حديث جابر رضي الله عنه .

Al-Tirmizi meriwayatkan daripada hadith Anas Ibn Malik secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), Al-Tirmizi berkata: Hadith ini munkar (terlalu daif) kami tidak mengetahuinya melainkan daripada sanad ini dan ‘Anbasah seorang yang lemah dalam hadith, manakala Abdul Malik bin ‘Alaq seorang yang majhul (tidak dikenali).
Ibn Majah telah meriwayatkannya daripada hadith Jabir RA.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs