TEKS BAHASA ARAB
حديث: إذا حضر العشاء والعشاء فابدأوا بالعشاء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sekiranya telah tersedia makanan malam dan waktu Isyak, maka dahulukanlah oleh kamu makanan malam.
STATUS
Tiada asal baginya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 157, hadis nombor 10. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال العراقي في شرح الترمذي: لا أصل له بهذا اللفظ.
Al- Iraqi menyebut di dalam kitabnya Syarhu al-Tirmizi: Tidak ada asalnya dengan lafaz ini.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.