Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Makanlah tamar dengan perut kosong

Teks Bahasa Arab

حديث: كلوا التمر على الريق.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Makanlah kamu tamar dengan perut kosong.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 180-181, hadis no. 62. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن ابن عباس مرفوعا وفي إسناده: عصمة بن محمد وهو كذاب.

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dan pada sanadnya terdapat Ismah bin Muhammad seorang perawi pendusta.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.