Hampir tiba manusia memukul hati unta melakukan perjalanan dalam menuntut ilmu

TEKS BAHASA ARAB

يوشك أن يضرب الناس أكباد الإبل يطلبون العلم؛ فلا يجدون أحداً أعلم من عالم المدينة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hampir tiba manusia memukul hati unta (melakukan perjalanan) untuk menuntut ilmu, lalu mereka tidak menemui seorang pun yang lebih alim berbanding seorang yang alim di Madinah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1284, hadis nombor 6574. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: يوشك أن يضرب الناس أكباد الإبل يطلبون العلم؛ فلا يجدون أحدا أعلم من عالم المدينة.
[ت، حب، هق، حم، أبو نصر المري في ((أخبار مالك بن أنس))، ابن المفضل في ((الأربعين))، الرافعي، ((الضعيفة)) (2833)]

(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hampir tiba manusia memukul hati unta (melakukan perjalanan) untuk menuntut ilmu, lalu mereka tidak menemui seorang pun yang lebih alim berbanding seorang yang alim di Madinah.
[Riwayat al-Tirmizi, Ibn Hibban, al-Hakim, al-Baihaqi dalam al-Sunan, Ahmad dalam al-Musnad, Abu Nasr al-Murri dalam Akhbar Malik bin Anas, Ibn al-Fadl dalam al-Arba’in, al-Rafi’ei. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2833]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.