TEKS BAHASA ARAB
إذا أراد الله بعبد خيراً؛ فقهه في الدين، وألهمه رشده.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila Allah menginginkan kebaikan pada seseorang hamba, Allah berikan kefahaman dalam agama dan mengilhamkan petunjukNya kepadanya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1284, hadis nombor 6575. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التمام)
عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أراد الله بعبد خيرا؛ فقهه في الدين، وألهمه رشده.
[البزار، ((الضعيفة)) (5032)]
(Munkar dengan lafaz yang lengkap ini)
Daripada ‘Abdillah bin Mas’ud RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila Allah menginginkan kebaikan pada seseorang hamba, Allah berikan kefahaman dalam agama dan mengilhamkan petunjukNya kepadanya.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5032]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.