Hamba yang paling disayangi di sisi Allah Taala ialah orang-orang bertakwa yang tersembunyi

TEKS BAHASA ARAB

أحب العباد إلى الله -تعالى- الأتقياء الأخفياء، الذين إذا غابوا لم يفتقدوا، وإن شهدوا لم يعرفوا، أولئك هم أئمة الهدى، ومصابيح العلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hamba yang paling disayangi di sisi Allah Taala ialah orang-orang bertakwa yang tersembunyi yang apabila mereka hilang, mereka tidak dicari, dan apabila mereka hadir, mereka tidak dikenali. Mereka itulah pimpinan-pimpinan petunjuk dan pelita-pelita ilmu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1979, hadis nombor 9904. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: مر عمر بمعاذ بن جبل -رضي الله عنهما-، وهو يبكي، فقال: ما يبكيك يا معاذ؟ فقال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((أحب العباد إلى الله -تعالى- الأتقياء الأخفياء، الذين إذا غابوا لم يفتقدوا، وإن شهدوا لم يعرفوا، أولئك هم أئمة الهدى، ومصابيح العلم)).
[حل، ((الضعيفة)) (1850)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: ‘Umar RA telah melewati Muadh bin Jabal RA sedang dia menangis, lalu dia berkata: Apakah yang menjadikan engkau menangis wahai Muadh? Lalu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Hamba yang paling disayangi di sisi Allah Taala ialah orang-orang bertakwa yang tersembunyi yang apabila mereka hilang, mereka tidak dicari, dan apabila mereka hadir, mereka tidak dikenali. Mereka itulah pimpinan-pimpinan petunjuk dan pelita-pelita ilmu.
[Riwayat Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1850]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs