Hadis berkenaan perihal Umar apabila bersama-sama Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar

TEKS BAHASA ARAB

وحديث عمر: قال: "كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا تكلم هو وأبو بكر كنت كالزنجي بينهما الذي لا يفهم".

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dan hadis Umar: Beliau telah berkata: Apabila Nabi Muhammad sallallahhu ‘alaihi wassalam dan Abu Bakar bercakap bersama-sama, aku seakan-akan seorang kulit hitam ditengah-tengah mereka tidak memahami sepatah apa pun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 116, hadis nombor 133. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن تيمية: هذا كذب ظاهر، ولا يرويه إلا جاهل.

Ibnu Taimiyyah telah berkata: Hadis ini adalah dusta secara zahirnya dan tidak diriwayatkan melainkan orang yang jahil sahaja yang meriwayatkan hadis ini.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.