Hadis berkenaan merendahkan diri di hadapan orang kaya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من تواضع لغني لأجل غناه ذهب ثلثا دينه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang merendahkan diri (menjadi tawaduk) di hadapan orang kaya kerana kekayaannya maka telah hilang 2/3 daripada agamanya.

STATUS

Sanadnya lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 112, hadis nombor 117. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

إسناده ضعيف.

Sanad hadis ini adalah lemah.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.