Hadis berkenaan larangan menepuk-nepuk dalam doa

TEKS BAHASA ARAB

أن أعرابيا صلى ونقر صلاته، فقال له علي: لا تنقر صلاتك. فقال الأعرابي: يا علي! لو نقرها أبوك ما دخل النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya orang ‘Arab ini apabila berdoa, mereka akan menepuk-menepuk doanya itu, lalu Ali telah berkata kepadanya: Janganlah kamu menepuk-nepuk dalam doa kamu. Maka orang ‘Arab itu berkata: Wahai ‘Ali, jika tepukan ini tidak dibuat, bapa engkau tidak akan masuk ke neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 118, hadis nombor 138. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن تيمية: هذا كذب.

Ibnu Taimiyyah telah berkata: Hadis ini adalah dusta.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.