Fatimah lebih aku cintai berbanding kamu

TEKS BAHASA ARAB

فاطمة أحب إلي منك، وأنت أعز علي منها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Fāṭimah lebih aku cintai berbanding kamu, dan kamu lebih kuat dan mulia bagiku berbanding dia (Fāṭimah).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1844-1845, hadis nombor 9306. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رجل، قال: سمعت عليا -رضي الله عنه- على المنبر بالكوفة يقول: خطبتُ إلى رسول الله ﷺ فاطمة عليها السلام، فزوجني، فقلت: یا رسول الله! أنا أحبّ إليك أم هي؟ قال: ((فاطمة أحبّ إليّ منك، وأنت أعزّ علي منها)). [ن في ((خصائص علي))، ((الضعيفة)) (٤٠٠٠)]

(Lemah) Daripada seorang lelaki, dia berkata: Aku telah mendengar ‘Alī RA di atas mimbar di Kufah, beliau berkata: Aku telah meminang anak Rasulullah SAW (iaitu Fāṭimah AS), lalu baginda menikahkan aku (dengan Fāṭimah). Maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! Aku lebih dicintai kamu ataupun dia (Fāṭimah)? Baginda menjawab: Fāṭimah lebih aku cintai berbanding kamu, dan kamu lebih kuat dan mulia bagiku berbanding dia (Fāṭimah). [Riwayat al-Nasā`ī dalam kitab Khaṣā`iṣ ‘Alī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4000]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs