Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ويحَكَ! إذا ماتَ عمرُ؛ فإنِ استطعتَ أن تموتَ؛ فمُت.
Teks Bahasa Melayu
Celakalah kamu! Apabila ‘Umar meninggal dunia, lalu kamu mampu untuk meninggal dunia, maka meninggallah kamu.
Sahabat Perawi
- Ismah bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1845, hadis no. 9307. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada ‘Iṣmah bin Mālik, telah berkata: Seorang lelaki dalam kalangan penduduk kampung telah datang bersama unta miliknya, lalu Rasulullah SAW pun menemuinya lalu baginda membeli unta tersebut daripadanya. ‘Alī pun bertemu lelaki itu, lalu bertanya: Kenapa kamu datang ke sini? Lelaki itu berkata: Aku datang bersama untaku, lalu Rasulullah SAW pun membelinya. ‘Alī bertanya: Baginda membayar secara tunai kepadamu? Lelaki itu menjawab: Tidak, tetapi aku menjualnya kepada baginda secara bayaran tertangguh. ‘Alī pun berkata: Kembalilah! Dan katakan kepada baginda: Wahai Rasulullah! Jika sesuatu berlaku kepada anda, siapa yang akan melunaskan hutangmu kepadaku? Dan dengarlah apa yang akan baginda katakan kepadamu, kemudian datang kembali kepadaku agar kamu boleh memberitahuku. Lelaki itu pun berkata: Wahai Rasulullah! Jika sesuatu berlaku kepadamu, siapakah yang akan melunaskan duit aku? Baginda menjawab: Abu Bakar. Lalu lelaki itu memberitahu ‘Alī, beliau pun berkata kepadanya: Pergi lagi dan tanyakan kepada baginda, jika sesuatu berlaku kepada Abu Bakar, maka siapakah yang akan melunaskan duit aku? Lalu baginda pun menjawab: ‘Umar. Lelaki itu pun memberitahu ‘Alī, lalu beliau berkata kepadanya: Pergi lagi, kemudian tanyakan kepada baginda, jika ‘Umar meninggal dunia, maka siapa yang akan melunaskan duit aku? Lelaki itu pun pergi lalu bertanya kepada baginda. Rasulullah SAW pun bersabda: Celakalah kamu! Apabila ‘Umar meninggal dunia, lalu kamu mampu untuk meninggal dunia, maka meninggallah kamu. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3984]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman