TEKS BAHASA ARAB
تعيين قبر نبي غير قبر نبينا صلى الله عليه وسلم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Penentuan kubur nabi selain daripada kubur nabi kita SAW.
STATUS
Tidak Sahih
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Fakta ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 230, hadis nombor 432. Berikut adalah komentar beliau terhadap fakta ini:
قلت وقال الشيخ محمد بن الجزري: لا يصح تعيين قبر نبي غير قبر نبينا صلى الله عليه وسلم. نعم، سيدنا إبراهيم عليه السلام في تلك القرية المسماة بالخليل لا بخصوص تلك البقعة انتهى.
Kataku dan kata Syeikh Muhammad bin al-Jazari: Tidak sahih penentuan kubur nabi selain dari kubur nabi kita SAW. Betul, Saidina Ibrahim AS (kuburnya) terdapat di kampung tersebut yang dinamakan al-Khalil. Bukan secara khusus di tempat tersebut, tamat.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.