TEKS BAHASA ARAB
المكان المعروف بالسيدة نفيسة ابنة الحسن ابن زيد بن الحسن بن علي بن أبي طالب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tempat (kubur) yang terkenal dengan Sayyidah Nafisah, anak perempuan al-Hasan bin Zayd bin al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Talib.
STATUS
Tidak Sahih
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Fakta ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 229, hadis nombor 431. Berikut adalah komentar beliau terhadap fakta ini:
فقد ذكر بعض أهل المعرفة أن خصوص هذا المحل الذي يزار ليس هو قبرها، ولكنها في تلك البقعة بالاتفاق.
Sebahagian ahli makrifat telah menyebut bahawa khusus tempat yang diziarahi ini bukanlah kuburnya akan tetapi dia pernah berada di tempat itu seperti yang disepakati.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.