Empat ciri-ciri yang terdiri daripada ciri-ciri keluarga Qarun

TEKS BAHASA ARAB

أربع خصال من خصال آل قارون : لباس الخفاف المقلوبة، ولباس الأرجوان، وجر نعال السيوف، وكان الرجل لا ينظر إلى وجه خادمه تكبرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat ciri-ciri yang terdiri daripada ciri-ciri keluarga Qarun ialah: Memakai kasut (khuf) yang terbalik, memakai pakaian berwarna merah, dan mengheret tempat letak pedang. Dan seorang ketua tidak melihat ke wajah pembantunya dengan sombong.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 39, hadis nombor 151. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أربع خصال من خصال آل قارون: لباس الخفاف المقلوبة، ولباس الأرجوان، وجر نعال السيوف، وكان الرجل لا ينظر إلى وجه خادمه تكبرا)).
[فر، ((الضعيفة)) (2532)]

(Palsu) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Empat ciri-ciri yang terdiri daripada ciri-ciri keluarga Qarun ialah: Memakai kasut (khuf) yang terbalik, memakai pakaian berwarna merah, dan mengheret tempat letak pedang. Dan seorang ketua tidak melihat ke wajah pembantunya dengan sombong.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2532]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.