Empat doa yang tidak ditolak

TEKS BAHASA ARAB

أربع دعوات لا ترد: دعوة الحاج حتى يرجع، ودعوة الغازي حتى يصدر، ودعوة المريض حتى يبرأ، ودعوة الأخ لأخيه بظهر الغيب، وأسرع هؤلاء الدعوات إجابة دعوة الأخ لأخيه بظهر الغيب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Empat doa yang tidak ditolak: Doa seorang yang mengerjakan haji sehingga dia pulang, doa orang yang pergi berperang sehingga dia kembali, doa orang yang sakit sehingga dia sembuh, dan doa seorang lelaki kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya. Dan yang paling cepat mustajab antara kesemuanya ini adalah doa seorang lelaki kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 39, hadis nombor 152. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((أربع دعوات لا ترد: دعوة الحاج حتى يرجع، ودعوة الغازي حتى يصدر، ودعوة المريض حتى يبرأ، ودعوة الأخ لأخيه بظهر الغيب، وأسرع هؤلاء الدعوات إجابة دعوة الأخ لأخيه بظهر الغيب)).
[فر، ((الضعيفة)) (2533)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Empat doa yang tidak ditolak: Doa seorang yang mengerjakan haji sehingga dia pulang, doa orang yang pergi berperang sehingga dia kembali, doa orang yang sakit sehingga dia sembuh, dan doa seorang lelaki kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya. Dan yang paling cepat mustajab antara kesemuanya ini adalah doa seorang lelaki kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2533]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs