Mati adalah penghapus dosa bagi setiap orang Muslim

TEKS BAHASA ARAB

الموت كفارة لكل مسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mati adalah penghapus dosa bagi setiap orang Muslim.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 96, hadis nombor 75. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جداً.
أخرجه العقيلي (ق 220/ 2) ومن طريقه القضاعي في مسند الشهاب (173) وابن الجوزي في الموضوعات (3/ 319) من طريق داود بن المحبر، قال: حدثنا نصر بن جميل، قال: حدثنا حفص بن عبد الرحمن، قالَ: أتينا عاصماً الأحول نعزيه حين قتل ابنه، وقلنا: إنا نرجوا له الشهادة فقال وما أوسع من ذلك! سمعت أنس بن مالك يقول فذكره مرفوعا. قال العقيلي نصر بن جميل وحفص بن عبد الرحمن مجهولان بالنقل، وحديثهما غير محفوظ.
قلت: وداود بن المحبر تالف ألبتة، فإنه كذاب وله طريق آخر عن عاصم. فأخرجه أبو نعيم في الحلية (3/121 وعنه الخطيب في التاريخ (1/347) وابن الجوزي (3/ 218) من طريق أبي بكر محمد بن أحمد بن محمد المفيد، أبنانا أحمد بن عبد الرحمن السقطي، أنبأنا يزيد بن هارون، نا عاصم، عن أنس. قلت: وهذا سند ساقط أما أبو عبد الرحمن السقطي، أما أبو بكر المفيد، فقال ابن الجوزي: ضعيف جداً قالَ الخطيب في التاريخ (1/348): وكان شيخنا أبو بكر البرقاني قد أخرج في مسنده الصحيح عن المفيد حديثاً واحداً، وكان كلما قريء عليه اعتذر من روايته عنه، وذكر أن هذا الحديث لم يقع إليه إلا من جهته فأخرجه عنه، وسألته عنه فقال: ليس بحجة. وقال لنا البرقاني أيضاً: رحلت إلى المفيد فكتبت عنه الموطأ، فلما رجعت إلى بغداد قال لي أبو بكر بن أبي سعد: أخلف الله عليك نفقتك، فدفعته إلى بعض الناس، وأخذت بدله بياضاً. قال الخطيب: روى المفيد الموطأ عن الحسن بن عبد الله العبدي، عن القعنبي، فأشار ابن أبي سعد إلى أن نفقة البرقاني ضاعت في رحلته وذلك أن العبدي مجهول لا يعرف. أ. هـ‍. وقال الذهبي: هو متهم. أما أحمد بن عبد الرحمن السقطي فقال الذهبي: شيخ لا يعرف إلا من جهة المفيد، يروي عن يزيد بن هارون عن حميد عن أنس فذكر خبراً موضوعاً. أ. هـ‍. وهو يعني حديث الباب. وقال الخطيب (1/ 347) : لا أعلم أحداً من البغداديين، ولا غيرهم عرف أحمد بن عبد الرحمن السقطي هذا ولا روى عنه سوى المفيد … قال: وهذا الحديث إنما يحفظ من رواية مفرج بن شجاع الموصلي واهي الحديث. ثم قال: إنما عني الأزدي هذا الحديث خاصة، ومفرج في عداد المجهولين والحديث عن يزيد شاذ مع أنه قد روى عن نصر بن على الجهضي أيضاً، عن يزيد وليس بثابت عنه وأخرجه الإسماعيلي في معجمه (ج1/ ق48 /2) قالَ: حدثنا محمد بن صالح بن شعيب إملاء، قالَ: حدثني نصر بن علي، عن يزيد بن هارون، عن عاصم الأحول، عن أنس بهِ. قلْتُ:: وشيخ الإسماعيلي بصري لم أقف على ترجمته، فلعل الخلل من جهة كما يفهم من قول الخطيب. والله أعلم. ورواه إسماعيل بن يحيى بن عبيد الله التيمي عن الحسن بن صالح، عن عاصم الأحول. وإسماعيل كان كذاباً. ورواه أصرم ابن غياث النيسابوري عن عاصم، وأصرم لا تقوم به حجة. أ. هـ‍.
قلت: جزى الله الخطيب خيراً، فقد أوجز لنا الطرق التي لم نقف عليها، ثم شفعها بالحكم عليها. وواضح أن الحديث ليس له طريق ضعفه يسير، فضلاً عن الصحة والحسن. ومع ذلك فإن السيوطي رحمه الله ناطح في هذا، فقال في اللآلئ (2/ 415) : أنكر على المصنف توهينه لهذا الحديث. فقد صححه الإمام أبو بكر بن العربي وجمع الحافظ أبو بكر العراقي طرقه في جزء، وقال إنه يبلغ رتبة الحسن. أ. هـ‍. قلت: وصرح الحافظ العراقي في المغني (4/ 450) أنه جمع طرق الحديث في جزء وقال. قال ابن العربي في سراج المريدين : إنه حديث حسن صحيح. وضعفه ابن الجوزي. أ. هـ‍. وهذا القول لا برهان عليه، وأحسن طرق الحديث ما أخرجه الإسماعيلي في معجمه (ج 1/ ق 48/ 2) قال: حدثنا محمد بن صالح بن شعيب، حدثنا نصر الأصل: يحيى بن على، عن يزيد بن هارون، عن عاصم الأحول، عن أنس. قال الحافظ في اللسان (5/ 201) : رواته إثبات إلا هذا – يعني شيخ الإسماعيلي – فما علمت حاله، وقال الخطيب: ليس بمحفوظ عن نصر بن علي أ. هـ‍. ثم قال: والحديث أورده ابن الجوزي في الموضوعات وقال: هذا حديث لا يصح. قلت: سبقه إلى ذلك ابن طاهر فبالغ في إنكاره. ثم قال: وقد جمع شيخنا الحافظ أبو الفضل بن العراقي طرقه في جزء …والذي يصح في ذلك حديث حفصة بنت سيرين عن أنس – رضي الله عنه – بلفظ: الطاعون كفارة لكل مسلم. أخرجه البخاري أ. هـ‍.
قلت: وعزو الحديث إلى البخاري بهذا اللفظ وهم بلا شك فإني لم أجده لا في البخاري ولا في غيره من الكتب التي عندي وإنما اللفظ الذي في الصحيحين: والطاعون شهادة لكل مسلم. أخرجه البخاري (10/ 180/ – فتح) ومسلم (1916) وأحمد (3/ 150، 220، 223، 258) والطيالسي (1785) والبغوي في شرح السنة)) (5/ 252) من طريق عاصم الأحول عن حفصة بنت سيرين عن أنس رضي الله عنه به.

Dha’if Jiddan (Sangat lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-‘Uqaili (helaiam 220/2), juga oleh al-Qudha’ei dalam Musnad al-Shibab (173) daripada al-‘Uqaili, Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdhu’at (3/219) melalui sanad Daud bin al-Muhabbar, katanya: Nasr bin Jamil telah menceritakan kepada kami, katanya Hafs bin ‘Abd al-Rahman telah menceritakan kepada kami, katanya: Kami telah datang menemui ‘Asim al-Ahwal untuk mengucapkan takziah kerana pembunuhan anak lelaki. Kami berkata: "Kami berharap beliau dikurniakan pahala syahid". ‘Asim pun berkata: "Dan yang lebih luas lagi berbanding itu! Aku pernah dengar Anas berkata…", lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut secara marfu’. Al-‘Uqaili berkata: "Nasr bin Jamil dan Hafs bin ‘Abd al-Rahman, kedua-duanya adalah perawi Majhul dalam periwayatan, hadith mereka berdua tidak mahfuz".
Saya berkata: Daud bin al-Muhabbar seorang yang Talif (Perosak hadith), kerana beliau seorang kaki dusta. Hadith tersebut ada satu sanad lain daripada ‘Asim. Ianya telah dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (3/121), juga oleh al-Khatib dalam al-Tarikh (1/347) daripada Abu Nu’aim, Ibn al-Jawzi (3/218) melalui sanad Abu Bakr Muhammad bin Ahmad bin Muhammad al-Mufid, katanya Ahmad bin ‘Abd al-Rahman al-Saqati telah memberitahu kami, katanya Yazid bin Harun telah memberitahu kami, katanya ‘Asim telah menceritakan kepada kami daripada Anas. Saya berkata: Sanad ini Saqit (Gugur kelayakan berhujjah).
Adapun Abu Bakr al-Mufid, Ibn al-Jawzi berkata: "Dha’if Jiddan". Al-Khatib berkata pula dalam al-Tarikh (1/348): "Syeikh kami iaitu Abu Bakr al-Burqani telah mengeluarkan dalam Musnad beliau yang sahih daripada al-Mufid satu hadith. Beliau setiap kali dibavakan hadith kepadanya, beliau keberatan untuk meriwayatkannya daripada al-Mufid. Beliau menyebutkan bahawa hadith tersebut tidak sampai kepadanya kecuali melalui sanad al-Mufid, sebab itulah beliau mengeluarkan hadith tersebut daripada al-Mufid. Saya juga pernah bertanya beliau tentang al-Mufid, jawab beliau: ‘Beliau bukan hujjah’. Al-Burqani juga berkata kepada kami: ‘Aku telah mengembara menuju al-Mufid, lalu aku menulis Muwatta’ daripada beliau. Apabila aku pulang ke Baghdad, Abu Bakr bin Abi Sa’d berkata kepadaku: ‘Allah telah meninggalkan untuk kamu perbelanjaan kamu, lalu kamu berikannya kepada sebahagian orang dan sebagai gantinya kamu mengambil kertas kosong!’". Al-Khatib juga berkata: "al-Mufid telah meriwayatkan Muwatta’ daripada al-Hasan bin ‘Abdillah al-‘Abdi daripada al-Qa’nabi. Lalu Ibn Abi Sa’d telah isyaratkan bahawa perbelanjaan al-Burqani telah sia-sia dalam pegembaraannya. Ini kerana al-‘Abdi seorang Majhul lagi tidak dikenali".
Al-Zahabi berkata: "Beliau didakwa melakukan pendustaan". Adapun Ahmad bin ‘Abd al-Rahman al-Saqati pula, al-Zahabi berkata: "Syeikh yang tidak diketahui melalinkan daripada sanad al-Mufid, beliau meriwayatkan daripada Yazid bin Harun daripada Hamid daripada Anas, lalu beliau menyebutkan satu hadith palsu". Beliau maksudkan adalah hadith dalam bab ini. Al-Khatib (1/347) pula berkata: "Tidak saya ketahui mana-mana penduduk Baghdad, juga selain penduduk Baghdad yang mengenali Ahmad bin ‘Abd al-Rahman al-Saqati ini, tidak ada yang meriwayatkan daripada beliau selain al-Mufid……….al-Azdi berkata: ‘Hadith ini hanya dihafal melalui riwayat Mufarraj bin Shuja’ al-Musili, seorang Wahi al-Hadith (Sangat Lemah Hadithnya)”. Kemudian al-Syeikh Abu Bakr berkata: ‘Dimaksudkan oleh al-Azdi adalah hadith ini secara khusus, Mufarraj tergolong dalam kalangan perawi-perawi Majhul dan hadith daripada Yazid adalah syaz disamping ianya telah diriwayatkan daripada Nasr bin ‘Ali al-Jahdhami daripada Yazid, ianya tidak thabit daripada beliau”. al-Isma’ili telah mengeluarkannya dalam Mu’jam beliau (juz 1/hlm. 48/2), katanya Muhammad bin Soleh bin Shu’aib telah menceritakan kepada kami secaran ilma’, katanya Nasr bin ‘Ali telah menceritakan kepadaku daripada Yazid bin Harun daripada ‘Asim al-Ahwal daripada Anas hadith tersebut.
Saya berkata: Guru kepada al-Isma’ili adalah penduduk Basrah, saya tidak menemui biografi beliau, boleh jadi berlaku kekosongan pada sanad sebagaimana yang boleh difahami melalui kata-kata al-Khatib. Wallahua’lam]. Dan turut diriwayatkan oleh Isma’il bin Yahya bin ‘Ubaidillah al-Taimi daripada al-Hasan bin Soleh daripada ‘Asim al-Ahwal. Isma’il merupakan seorang kaki dusta. Asram bin Ghiyath al-Naisaburi turut meriwayatkannya daripada ‘Asim. Asram juga tidak boleh dijadikan hujjah.
Saya berkata: Semoga Allah membalas dengan kebaikan terhadap al-Khatib. Beliau telah meringkaskan kepada kita sanad-sanad yang kita tidak temui, kemudian beliau membantu dengan memberikan penilaian terhadap sanad-sanad tersebut. Jelaslah bahawa hadith tersebut tidak ada satu pun sanadnya yang dha’if ringan, apalagi yang sahih dan hasan. Walau bagaimanapun, al-Suyuti r.h melakukan pelanggaran dalam masalah ini. Beliau berkata dalam al-La’ali (2/515): "Saya tidak bersetuju dengan penulis kerana beliau melemahkan hadith ini. Al-Imam Abu Bakr bin al-‘Arabi telah menilainya sebagai sahih. Al-Hafiz Abu Bakr al-‘Iraqi telah menghimpunkan sanad-sanadnya dalam juzuk seraya berkata bahawa hadith tersebut boleh sampai peringkat hasan".
Saya berkata: al-Hafiz al-‘Iraqi juga telah menyebutkan secara jelas dalam al-Mughni (4/450) bahawa beliau telah menghimpunkan sanad-sanad bagi hadith tersebut dalam satu juzuk, seraya berkata: "Ibn al-‘Arabi berkata dalam Siraj al-Muridin: ‘Ianya hadith hasan sahih dan telah dinilai dha’if oleh Ibn al-Jawzi". Kata-kata ini tidak ada sandaran dalil. Sanad hadith tersebut yang paling baik adalah yang telah dikeluarkan oleh al-Isma’ili dalam Mu’jam beliau (juz 1/hlm. 48/2), katanya Muhammad bin Soleh bin Shu’aib telah menceritakan kepada kami, katanya Nasr [Asalnya: Yahya] bin ‘Ali daripada Yazid bin Harun daripada ‘Asim al-Ahwal daripada Anas. Al-Hafiz berkata dalam al-Lisan (5/201): "Para perawinya thabit kecuali perawi ini – iaitu guru kepada al-Isma’ili”-, saya tidak mengetahui status beliau. Al-Khatib berkata: ‘Tidak mahfuz daripada Nasr bin ‘Ali’". Kemudian al-Hafiz berkata: "Hadith tersebut juga dimasukkan oleh Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdhu’at, seraya berkata: ‘Ini adalah hadith yang tidak sahih’, saya berkata: Ibn Tahir telah mendahului Ibn al-Jawzi dalam hal ini, hingga Ibn Tahir melampaui dalam mengingkari hadith tersebut". Kemudian al-Hafiz berkata: "Guru kami al-Hafiz Abu al-Fadhl bin al-‘Iraqi telah mengumpulkan sanad-sanadnya dalam satu juzuk. Yang sahih tentang itu adalah hadith Hafsah binti Sirin daripada Anas RA dengan lafaz: ‘Penyakit taun adalah penghapus dosa bagi setiap muslim’, ianya telah dikeluarkan oleh al-Bukhari".
Saya berkata: Penyandaran hadith tersebut kepada al-Bukhari dengan lafaz ini adalah satu kekeliruan tanpa ragu-ragu lagi, kerana saya tidak menemui hadith tersebut dalam al-Bukhari juga dalam kitab-kitab lain yang ada pada saya. Lafaz yang ada dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim hanyalah: "Penyakit taun adalah syahid kepada setiap muslim".
Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-Bukhari (10/180/ – Fath), Muslim (1916), Ahmad (3/220, 150, 223, 258), al-Tayalisi (1785) dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (5/252) melalui sanad ‘Asim al-Ahwal daripada Hafsah binti Sirin daripada Anas RA.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs