Dunia itu adalah langkah orang Mu’min

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الدنيا خطوة مؤمن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dunia itu adalah langkah orang Mu’min.

STATUS

[Bukan Hadis]

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 115, hadis nombor 128. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قَالَ ابْنُ تَيْمِيَةَ: هَذَا لَا يُعْرَفُ عَنْهُ عَلَيْهِ السَّلامُ وَلا عَنْ غَيْرِهِ مِنْ سَلَفِ الأُمَّةِ.

Imam Ibnu Taimiyyah telah berkata: Hadis ini tidak dikenali daripada baginda Nabi Muhammad sallalahhu ‘alaihi wassalam dan tidak juga dikenali daripada selainnya daripada kalangan para salaf al-ummah.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

]