TEKS BAHASA ARAB
من بورك له في شيء فليلزمه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barangsiapa yang telah diberkati baginya sesuatu perkara, hendaklah dia melaziminya atau pun berpegang dengannya.
STATUS
Bukan Hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 116, hadis nombor 129. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
من بورك له في شيء فليلزمه. و «من ألزم نفسه شيئا لزمه». قال ابن تيمية: الأول نقل عن بعض السلف. والثاني باطل، فقد يلزمه وقد لا يلزمه.
Hadis: “Barangsiapa yang telah diberkati baginya sesuatu perkara, hendaklah dia melaziminya atau pun berpegang dengannya”. Dan: “Barangsiapa yang melazimi dirinya akan sesuatu maka untuk dia melaziminya”. Ibnu Taimiyyah telah berkata: Yang pertama tersebut, dinukilkan daripada sebahagian salaf. Dan yang kedua, batil dan sesungguhnya yang melaziminya itu tidak pun dilaziminya.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.
]