TEKS BAHASA ARAB
يوشك أن تظهر فتنة لا ينجي منها إلا الله، أو دعاء كدعاء الغريق (الغرقى).
TEKS BAHASA MALAYSIA
Dibimbangi akan terzahirnya fitnah yang tidak akan terselamat daripadanya melainkan dengan kuasa Allah atau doa seperti doa ketika tenggelam (lemas).
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1522, hadis nombor 7739. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يوشك أن تظهر فتنة لا ينجي منها إلا الله عز وجل، أو دعاء كدعاء الغريق (الغرقى))). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5467، 6151)].
(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: “Dibimbangi akan terzahirnya fitnah yang tidak akan terselamat daripadanya melainkan dengan kuasa Allah atau doa seperti doa ketika tenggelam (lemas)”. [Riwayat al-Asbahaniy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5467, 6151]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.