Jauhilah sifat khianat kerana ia adalah seburuk-buruk pendamping

TEKS BAHASA ARAB إياكم والخيانة. فإئها بئست البطانة وإياكم والظلم فإنه ظلمات يوم القيامة وإياكم والشح فإنما أهلك من كان قبلكم الشح حتى سفكوا دماءهم وقطعوا أرحامهم. TEKS BAHASA MALAYSIA Jauhilah sifat khianat kerana ia adalah seburuk-buruk pendamping. Jauhilah sifat zalim kerana ia merupakan kegelapan pada hari kiamat dan jauhilah sifat kedekut kerana sesungguhnya yang membinasakan umat sebelum kamu adalah …

Wahai Kaab bin 'Ujrah, solat adalah korban (ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah)

TEKS BAHASA ARAB يا كعب بن عجرة! الصلاة قربان، والصدقة برهان، والصوم جنة، والصدقة تطفئ الخطيئة كما يذهب الجليد على الصفا. TEKS BAHASA MALAYSIA Wahai Kaab bin ‘Ujrah, solat adalah korban (ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah), sedekah adalah bukti, puasa adalah perisai, dan sedekah menghapuskan dosa seperti gelincirnya ais salji di atas batu yang licin. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI …

Apabila seseorang kamu meninggal dunia, maka telah berlakulah kiamatnya

TEKS BAHASA ARAB إذا مات أحدكم؛ فقد قامت قيامته؛ فاعبدوا الله كأنكم ترونه، واستغفروه كل ساعة. TEKS BAHASA MALAYSIA Apabila seseorang kamu meninggal dunia, maka telah berlakulah kiamatnya. Oleh itu, sembahlah Allah seakan-akan kamu sedang melihat-Nya dan mintalah keampunan kepada-Nya setiap saat. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam …

Sesiapa yang bangkit pada waktu malam, lalu dia berwuduk, berkumur, kemudian mengucapkan: Maha Suci Allah

TEKS BAHASA ARAB من قام [من] الليل، فتوضأ، ومضمض فاه، ثم قال: سبحان الله (مئة مرة)، والحمد لله (مئة مرة)، ولا إله إلا الله (مئة مرة)، والله أكبر (مئة مرة)؛ غفرت له ذنوبه؛ إلا الدماء والأموال؛ فإنها لا تبطل. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesiapa yang bangkit pada waktu malam, lalu dia berwuduk, berkumur, kemudian mengucapkan: Maha Suci Allah (seratus kali), segala …

Hendaklah kalian mendirikan solat malam

TEKS BAHASA ARAB عليكم بقيام الليل؛ فإنه دأب الصالحين قبلكم، ومقربة لكم إلى الله عز وجل، ومكفرة للسيئات، ومنهاة عن الإثم، ومطردة للداء عن الجسد. TEKS BAHASA MALAYSIA Hendaklah kalian mendirikan solat malam kerana sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian. Ia juga mendekatkan kalian kepada Allah Azzawajalla, mengampunkan keburukan, menghalang dosa dan menjauhkan penyakit daripada badan. STATUS Lemah …