Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ قَامَ [مِنَ] اللَّيْلِ، فَتَوَضَّأَ، وَمَضْمَضَ فَاهُ، ثُمَّ قَالَ: سُبْحَانَ اللهِ (مِئَةَ مَرَّةٍ)، وَالْحَمْدُ لِلّهِ (مِئَةَ مَرَّةٍ)، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ (مِئَةَ مَرَّةٍ)، وَاللهُ أَكْبَرُ (مِئَةَ مَرَّةٍ)؛ غُفِرَتْ لَهُ ذُنُوبُهُ؛ إِلَّا الدِّمَاءَ وَالأَمْوَالَ؛ فَإِنَّهَا لَا تَبْطُلُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang bangkit pada waktu malam, lalu dia berwuduk, berkumur, kemudian mengucapkan: Maha Suci Allah (seratus kali), segala puji bagi Allah (seratus kali), tiada Tuhan melainkan Allah (seratus kali), dan Allah Maha Besar (seratus kali), nescaya diampunkan dosanya kecuali (yang berkaitan dengan) nyawa dan harta orang lain, kerana yang demikian itu tidak terbatal.
Sahabat Perawi
- Sa'd bin Junadah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 328, hadis no. 1728. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Sa’d bin Junadah RA dia berkata: Aku menyertai peperangan Hunain bersama dengan Nabi ﷺ, lalu aku mendengar baginda bersabda: “Sesiapa yang bangkit pada waktu malam, lalu dia berwuduk, berkumur, kemudian mengucapkan: Maha Suci Allah (seratus kali), segala puji bagi Allah (seratus kali), tiada Tuhan melainkan Allah (seratus kali), dan Allah Maha Besar (seratus kali), nescaya diampunkan dosanya kecuali (yang berkaitan dengan) nyawa dan harta orang lain, kerana yang demikian itu tidak terbatal.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5820].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman