Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengutip luqatah kecil (barang yang terjumpa) iaitu dirham atau tali

TEKS BAHASA ARAB من التقط لقطة يسيرة درهما أو حبلا، أو شبه ذلك، فليعرفه ثلاثة أيام، فإن كان فوق ذلك فليعرفه ستة أيام، [فإن جاء صاحبها، وإلا، فليتصدق بها، فإن جاء صاحبها، فليخيره.   TEKS BAHASA MALAYSIA (Lemah) Daripada Ya’la bin Murrah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengutip luqatah kecil (barang yang terjumpa) iaitu dirham atau tali atau …

Sesiapa yang membatalkan jual beli

TEKS BAHASA ARAB من أقال نادما، أقال الله نفسه يوم القيامة. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesiapa yang membatalkan jual beli seseorang yang telah menyesal (dengan jual belinya) maka Allah akan meninggalkan (dosa) dirinya pada hari kiamat kelak. STATUS Munkar Pada Lafaz نفسه KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis …

Tidak boleh dikenakan bayaran gabung usyr dan kharja

TEKS BAHASA ARAB " لا يجتمع العشر والخراج على مسلم في أرضه ". TEKS BAHASA MALAYSIA Tidak boleh dikenakan bayaran gabung usyr dan kharja seseorang Muslim pada tanah miliknya. STATUS Bukan hadis KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman …

Sesungguhnya sesiapa dari kalangan umatku yang datang ke pasar lalu dia membeli pakaian dengan setengah dinar atau sepertiga dinar

TEKS BAHASA ARAB إن من أمتي من يأتي السوق، فيبتاع القميص بنصف دينار أو ثلث دينار، فيحمد الله إذا لبسه، فلا يبلغ ركبتيه حتى يغفر له. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesungguhnya sesiapa dari kalangan umatku yang datang ke pasar lalu dia membeli pakaian dengan setengah dinar atau sepertiga dinar, kemudian dia memuji Allah ketika dia memakainya maka belum sempat sampai pakaian …