TEKS BAHASA ARAB
لا شفعة لشريك على شريك إذا سبقه بالشراء، ولا لصغير، ولا لغائب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tiada syuf‘ah (hak rakan kongsi mengambil bahagian kawannya yang lain dengan menggantikan harta atau bayaran) untuk rakan kongsi ke atas rakan kongsi yang lain jika dia (rakan kongsi lain) mendahuluinya dalam membuat pembelian, bukan untuk kanak-kanak dan bukan untuk orang yang tiada.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 800, hadis nombor 4125. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((لا شفعة لشريك على شريك إذا سبقه بالشراء، ولا لصغير، ولا لغائب)). [ه، هق، ((الضعيفة)) (4803)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada syuf‘ah (hak rakan kongsi mengambil bahagian kawannya yang lain dengan menggantikan harta atau bayaran) untuk rakan kongsi ke atas rakan kongsi yang lain jika dia (rakan kongsi lain) mendahuluinya dalam membuat pembelian, bukan untuk kanak-kanak dan bukan untuk orang yang tiada. [Riwayat Ibn Mājah dalam al-Sunan, al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4803]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.