Sekiranya salah seorang daripada kalian berasa takut akan penguasa

TEKS BAHASA ARAB إذا تخوف أحدكم السلطان فليقل: اللهم رب السماوات السبع، ورب العرش العظيم، كن لي جارا من شر فلان ومن شر الإنس والجن وأتباعهم أن يفرط علي أحد منهم، عز جارك، وجل ثناؤك، ولا إله غيرك. TEKS BAHASA MALAYSIA Sekiranya salah seorang daripada kalian berasa takut akan penguasa, maka katakanlah: Wahai Allah tuhan langit yang tujuh dan tuhan …

Jika seseorang penguasa itu mendidih kemarahan, maka syaitan akan menguasainya

TEKS BAHASA ARAB إذا استشاط السلطان، تسلط الشيطان. TEKS BAHASA MALAYSIA Jika seseorang penguasa itu mendidih kemarahan, maka syaitan akan menguasainya. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 829, hadis nombor 4257. …

Syaitan mempunyai deria rasa dan kuat menjilat

TEKS BAHASA ARAB إن الشيطان حساس لحاس فاحذروه على أنفسكم من بات وفي يده ريح غمر فاصابه شيء فلا يلومن إلا نفسه. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesungguhnya syaitan itu mempunyai deria rasa dan ia juga kuat menjilat, maka jagalah diri kamu daripadanya. Sesiapa yang tidur malam dalam keadaan tangannya penuh dengan bau-bauan, lalu jika ada sesuatu yang buruk mengganggunya, maka janganlah …

Syaitan akan memakai pakaian-pakaian yang tidak dilipat

TEKS BAHASA ARAB اطووا ثيابكم؛ ترجع إليها أرواحها؛ فإن الشيطان إذا وجد الثوب مطويا؛ لم يلبسه، وإذا وجده منشورا؛ لبسه. TEKS BAHASA MALAYSIA Lipatlah pakaian kamu, nescaya roh-rohnya akan kembali kepadanya. Ini kerana apabila syaitan melihat pakaian itu dilipat, ia tidak akan memakainya. Namun apabila ia melihatnya terlerai, ia akan memakainya. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh …

Apabila anak Adam tidur, malaikat akan meminta buku catatannya daripada syaitan

TEKS BAHASA ARAB إذا نام ابن آدم، قال الملك للشيطان: أعطني صحيفتك. فيعطيه إياها، فما وجد في صحيقته من حسنة، محا بها عشر سيئات من صحيفة الشيطان، وكتبهن حسنات! فإذا أراد أحدكم أن ينام، فليكبر ثلاثا وثلاثين تكبيرة، ويحمد أربعا وثلاثين تحميدة، ويسبح ثلاثا وثلاثين تسبيحة، فتلك مئة. TEKS BAHASA MALAYSIA Apabila anak Adam tidur, malaikat akan berkata kepada syaitan: …