Bukanlah jihad itu dengan menghayun pedang di jalan Allah semata

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ليس الجهاد أن يضرب بسيفه في سبيل الله، إنما الجهاد من عال والديه، وعال ولده فهو في جهاد، ومن عال نفسه يكفها عن الناس، فهو في جهاد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bukanlah jihad itu dengan menghayun pedang di jalan Allah semata. Sesungguhnya (yang turut dinamakan) jihad itu ialah sesiapa yang menanggung kedua ibu bapanya dan anaknya, maka dia berada dalam suatu jihad. Begitu juga sesiapa yang menanggung dirinya sendiri agar dapat menghalangnya daripada (meminta) akan manusia lain, maka dia dalam jihad.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 982, hadis nombor 5063. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ليس الجهاد ‌أن ‌يضرب بسيفه في سبيل الله، إنما الجهاد من عال والديه، وعال ولده، فهو في جهاد، ومن عال نفسه يكفها عن الناس، فهو في جهاد)). [حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1989)]

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: ((Bukanlah jihad itu dengan menghayun pedang di jalan Allah semata. Sesungguhnya (yang turut dinamakan) jihad itu ialah sesiapa yang menanggung kedua ibu bapanya dan anaknya, maka dia berada dalam suatu jihad. Begitu juga sesiapa yang menanggung dirinya sendiri agar dapat menghalangnya daripada (meminta) akan manusia lain, maka dia dalam jihad)). [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan Ibn Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.1989]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.