Bila mana Rasulullah SAW mendengar panggilan azan, Baginda berkata: “Ya Allah! Wahai Tuhan yang mensyariatkan seruan azan dan solat yang akan didirikan…"

TEKS BAHASA ARAB

كان صلى الله عليه وسلم إذا سمع النداء قال: اللهم! رب هذه الدعوة التامة، والصلاة القائمة، صل على محمد عبدك ورسولك، واجعلنا في شفاعته يوم القيامة. قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: من قال هذا عند النداء؛ جعله الله في شفاعتي يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Wahai Tuhan yang mensyariatkan seruan azan dan solat yang akan didirikan, sampaikanlah selawat ke atas Muhammad SAW, hamba-Mu dan Rasul-Mu, dan jadikanlah kami di dalam syafaatnya pada hari kiamat. Rasulullah SAW berkata: Barang siapa yang berdoa sedemikan setelah mendengar panggilan azan, maka Allah akan menjadikannya di dalam golongan yang mendapat syafaatku pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1501, hadis nombor 7655. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- قال: ((كان صلى الله عليه وسلم إذا سمع النداء قال: اللهم! رب هذه الدعوة التامة، والصلاة القائمة، صل على محمد عبدك ورسولك، واجعلنا في شفاعته يوم القيامة. قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: من قال هذا عند النداء؛ جعله الله في شفاعتي يوم القيامة)). [(طس، وفي ((الدعاء))، (الضعيفة)) (5171)].

(Lemah)
Daripada Abi Darda’ RA, beliau berkata: Bila mana Rasulullah SAW mendengar panggilan azan, Baginda berkata: “Ya Allah! Wahai Tuhan yang mensyariatkan seruan azan dan solat yang akan didirikan, sampaikanlah selawat ke atas Muhammad SAW, hamba-Mu dan Rasul-Mu, dan jadikanlah kami di dalam syafaatnya pada hari kiamat.” Rasulullah SAW berkata: “Barang siapa yang berdoa sedemikan setelah mendengar panggilan azan, maka Allah akan menjadikannya di dalam golongan yang mendapat syafaatku pada hari kiamat.”
[Riwayat al-Tabarani di dalam al-Awsat, disebutkan juga di dalam al-Du'a. Lihat Silsilah al-Da’ifah no.5181].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs