TEKS BAHASA ARAB
يبعث يوم القيامة قوم من قبورهم؛ تأجج أفواههم ناراً. فقيل: من هم؟ قال: ألم تر أن الله يقول: [إن الذين يأكلون أموال اليتامى ظلماً إنما يأكلون في بطونهم ناراً…]
TEKS BAHASA MALAYSIA
Akan dibangkitkan pada hari kiamat satu kaum dari kuburan mereka, dari mulut-mulut mereka keluar api yang menyala-nyala. Ketika ditanyakan kepada Baginda : Siapakah mereka? Rasulullah SAW bersabda: Tidakkah kamu memerhatikan firman Allah yang mengatakan: “Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya…” [al-Nisa’: 101 hingga akhir ayat].
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1501, hadis nombor 7657. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي برزة -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((يبعث يوم القيامة قوم من قبورهم؛ تأجج أفواههم ناراً. فقيل: من هو؟ قال: ألم تر أن الله يقول: [إن الذين يأكلون أموال اليتامى ظلماً إنما يأكلون في بطونهم ناراً…])). [ع، حب، الواحدي في ((الوسيط))،((الضعيفة)) (5458)].
(Palsu) Daripada Abi Barzah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan dibangkitkan pada hari kiamat satu kaum dari kuburan mereka, dari mulut-mulut mereka keluar api yang menyala-nyala. Ketika ditanyakan kepada Baginda: Siapakah mereka? Rasulullah SAW bersabda: Tidakkah kamu memerhatikan firman Allah yang mengatakan: “Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya…” [al-Nisa’: 101 hingga akhir ayat].
[Riwayat Abi Ya’la di dalam Musnadnya, Ibn Hibban di dalam Sahihnya dan al-Wahidi di dalam al-Wasit. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 5458].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.