Bersabarlah, dan berikanlah berita gembira

TEKS BAHASA ARAB

اصبروا وأبشروا فإني قد باركت على صاعكم ومدكم فكلوا ولا تفرقوا، فإن الطعام الواحد يكفي الاثنين، وطعام الاثنين يكفي الأربعة وطعام الاربعة يكفي الخمسة والستة وإن البركة في الجماعة فمن صبر على لأوائها وشدتها كنت له شفيعا أو شهيدا يوم القيامة ومن خرج عنها رغبة عما فيها أبدل الله به من هو خير منه فيها ومن أرادها بسوء أذابه الله كما يذوب الملح في الماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bersabarlah, dan berikanlah berita gembira kerana aku telah memohon keberkatan kepada gantang kamu dan cupak kamu. Oleh itu, makanlah dan janganlah kamu berpecah belah kerana makanan untuk seorang cukup untuk dua orang, makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang, makanan untuk empat orang cukup untuk lima atau enam orang. Keberkatan juga ada pada Jemaah. Oleh itu, sesiapa yang bersabar pada kesempitannya dan kesukarannya, aku memberikan syafaat kepadanya atau menjadi saksi pada hari kiamat. Sesiapa yang keluar daripadanya kerana tidak suka terhadap apa yang terjadi di dalamnya, Allah akan tukarkan dengan orang yang lebih baik berbandingnya dalam perkara itu dan sesiapa yang mahukan keburukan, Allah akan cairkannya sebagaimana garam cair dalam air.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1363 – 1364, hadis nombor 6951. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عمر رضي الله عنه قال: غلا السعر بالمدينة واشتد الجهد، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اصبروا وأبشروا فإني قد باركت على صاعكم ومدكم فكلوا ولا تفرقوا، فإن الطعام الواحد يكفي الاثنين، وطعام الاثنين يكفي الأربعة وطعام الاربعة يكفي الخمسة والستة وإن البركة في الجماعة فمن صبر على لأوائها وشدتها كنت له شفيعا أو شهيدا يوم القيامة ومن خرج عنها رغبة عما فيها أبدل الله به من هو خير منه فيها ومن أرادها بسوء أذابه الله كما يذوب الملح في الماء.
[البزار، ((الضعيفة)) (5532)]

(Lemah)
Daripada ‘Umar RA, katanya: Berlaku peningkatan harga di Madinah dan sangat mencabar, lalu Rasulullah SAW bersabda: Bersabarlah, dan berikanlah berita gembira kerana aku telah memohon keberkatan kepada gantang kamu dan cupak kamu. Oleh itu, makanlah dan janganlah kamu berpecah belah kerana makanan untuk seorang cukup untuk dua orang, makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang, makanan untuk empat orang cukup untuk lima atau enam orang. Keberkatan juga ada pada Jemaah. Oleh itu, sesiapa yang bersabar pada kesempitannya dan kesukarannya, aku memberikan syafaat kepadanya atau menjadi saksi pada hari kiamat. Sesiapa yang keluar daripadanya kerana tidak suka terhadap apa yang terjadi di dalamnya, Allah akan tukarkan dengan orang yang lebih baik berbandingnya dalam perkara itu dan sesiapa yang mahukan keburukan, Allah akan cairkannya sebagaimana garam cair dalam air.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5532]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs