Ya Allah! Berkatilah kami di Syam dan Yaman kami

TEKS BAHASA ARAB

اللهم بارك لنا في شامنا ويمننا. فقال رجل: وفي مشرقنا يا رسول الله! قال: من هناك يطلع قرن الشيطان، وبها تسعة أعشار الشر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Berkatilah kami di Syam dan Yaman kami. Lalu seseorang berkata: Dan di Timur kita, wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Dari arah sanalah akan terbitnya tanduk syaitan dan di sana terdapat sembilah persepuluh (9/10) kejahatan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1364, hadis nombor 6952. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة (تسعة الأعشار))
عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اللهم بارك لنا في شامنا ويمننا. فقال رجل: وفي مشرقنا يا رسول الله! قال: من هناك يطلع قرن الشيطان، وبها تسعة أعشار الشر.
[الروياني، ((الضعيفة)) (5800)]

(Munkar dengan penambahan: Sembilan persepuluh (9/10))
Daripada Ibn ‘Umar RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Ya Allah! Berkatilah kami di Syam dan Yaman kami. Lalu seseorang berkata: Dan di Timur kita, wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Dari arah sanalah akan terbitnya tanduk syaitan dan di sana terdapat sembilah persepuluh (9/10) kejahatan.
[Riwayat al-Ruwiyani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5800]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs