Berperang itu lebih baik dari lembah yang kamu miliki

TEKS BAHASA ARAB

الغزو خير لوديك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berperang itu lebih baik dari lembah yang kamu miliki.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 997, hadis nombor 5140. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي الدرداء رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ لرجل من بني حارثة:ألا تغزو يا فلان؟ قال: يا رسول الله غرست ودياً لي وإني أخاف إن غزوت أن يضيع فقال: الغزو خير لوديك قال: فغزا فوجد وديه كأحسن الودي وأجوده. [فر، الضعيفة (3968)].

(Palsu) Daripada Abu al-Darda’ RA berkata: Rasulullah SAW bersabda kepada seorang lelaki daripada Bani Harithah: Tidakkah kamu sepatutnya kamu berperang wahai polan?. Lelaki itu berkata: Wahai Rasulullah, aku telah bercucuk tanam di lembah milikku dan aku takut jika aku pergi berperang, ia akan binasa. Maka baginda bersabda: Berperang itu lebih baik dari lembah yang kamu miliki. Abu al-Darda’ berkata: Kemudian lelaki pergi berperang dan dia mendapati lembah milkinya itu lembah yang paling elok dan paling berkualiti. [Riwayat al-Firdausi oleh al-Dailami. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3968].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.