Pergi dan pulang dari menuntut ilmu lebih utama daripada berjihad

TEKS BAHASA ARAB

الغدو والرواح في تعلم العلم أفضل عند الله من الجهاد في سبيل الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pergi dan pulang menuntut ilmu lebih utama di sisi Allah daripada berjihad di jalan Allah.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 997, hadis nombor 5139. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: الغدو والرواح في تعلم العلم أفضل عند الله من الجهاد في سبيل الله عز وجل. [فر، الضعيفة (3964)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pergi dan pulang menuntut ilmu lebih utama di sisi Allah daripada berjihad di jalan Allah. [Riwayat al-Firdausi oleh al-Dailami. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3964].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs