Berkahwinlah dan jangan bercerai

TEKS BAHASA ARAB

تزوجوا ولا تطلقوا، فإن الطلاق يهتز له العرش.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berkahwinlah dan jangan bercerai, sesungguhnya perceraian itu menggegarkan ‘Arash Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 915, hadis nombor 4688. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي بن أبي طالب -رضي الله عنه- مرفوعا: ((تزوجوا ولا تطلقوا، فإن الطلاق يهتز له العرش)).
[أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، خط، ((الضعيفة)) (731)].

(Palsu)
Diriwayatkan daripada ‘Ali bin Abi Talib secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berkahwinlah dan jangan bercerai, sesungguhnya perceraian itu menggegarkan ‘Arash Allah.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 731].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.