TEKS BAHASA ARAB
تزوجوا الأبكار فإنهن أعذب أفواها، وأفتح أرحاما، وأثبت مودة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nikahilah perawan. Sesungguhnya mulut mereka lebih manis, rahim mereka lebih cepat hamil dan kasih sayang mereka lebih teguh.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 915, hadis nombor 4689. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن الحسين بن علي -رضي الله عنه- مرفوعا: ((تزوجوا الأبكار فإنهن أعذب أفواها، وأفتح أرحاما، وأثبت مودة)).
[الواحدي في ((الوسيط))، ((الضعيفة)) (736)].
(Palsu)
Diriwayatkan daripada al-Husain bin ‘Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Nikahilah perawan. Sesungguhnya mulut mereka lebih manis, rahim mereka lebih cepat hamil dan kasih sayang mereka lebih teguh.
[Riwayat al-Wahidi dalam al-Wasit. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 736].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.