Berjaga-jaga kalian dengan isteri kepada lelaki yang berperang

TEKS BAHASA ARAB

إياكم ونساء الغزاة فإن حرمتهن عليكم كحرمة أمهاتكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berjaga-jaga kalian dengan isteri kepada lelaki yang berperang kerana kehormatan mereka sama seperti kehormatan ibu kalian.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 998, hadis nombor 5144. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: إياكم ونساء الغزاة، فإن حرمتهن عليكم كحرمة أمهاتكم. [عد، البزار، الضعيفة (4315)].

(Munkar) Daripada Anas RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berjaga-jaga kalian isteri kepada lelaki yang berperang kerana kehormatan mereka sama seperti kehormatan ibu kalian. [Riwayat Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 4315].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.