Berbasa-basilah dengan mereka selagimana kamu berada di rumah mereka

TEKS BAHASA ARAB

حديث: دارهم ما دمت في دارهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Berbasa-basilah dengan mereka selagimana kamu berada di rumah mereka.

STATUS

Tidak Diketahui Sebagai Hadith

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 79, hadis nombor 193. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: ما علمته حديثا.

Al-Sakhawi berkata aku tidak mengetahui ianya adalah hadith.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.