TEKS BAHASA ARAB
حديث: دار الظالم خراب، ولو بعد حين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Tempat tinggal orang zalim akan musnah walau selepas sekian lama.
STATUS
Tidak Ditemui
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 79, hadis nombor 192. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال السخاوي لم أقف عليه، ويشهد لصحة معناه {فتلك بيوتهم خاوية بما ظلموا} [النمل: 52].
Al-Sakhawi berkata: Aku tidak menjumpainya. Namun, maknanya yang benar disokong oleh ayat: Itulah rumah-rumah mereka yang hancur kerana mereka berlaku zalim [Surah al-Naml, ayat 52].
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.