Bawang putih itu adalah daripada rezeki yang baik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الثوم من طيبات الرزق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bawang putih itu adalah daripada rezeki yang baik.

STATUS

Maqtu’ (disandarkan kepada Tabi’in) dan lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 415, hadis nombor 2236. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(مقطوع ضعيف) عن أبي العالية – رضي الله عنه -، قال: «الثوم من طيبات الرزق». [ت، «الضعيفة» (5418)].

(Maqtu‘ Lemah) Daripada Abū al-‘Āliyah, beliau berkata: "Bawang putih itu adalah daripada rezeki yang baik". [Riwayat al-Tirmidzi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5418].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.