Batu besar yang bergegar menyebabkan kaki para ulama tidak dapat kekal di atasnya adalah kerana sifat tamak

TEKS BAHASA ARAB

إن الصفا الزلال الذي لا تثبت عليه أقدام العلماء: الطمع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya batu besar yang bergegar menyebabkan kaki para ulama tidak dapat kekal di atasnya adalah kerana sifat tamak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1261, hadis nombor 6440. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: إن الصفا الزلال الذي لا تثبت عليه أقدام العلماء: الطمع.
[فر، ((الضعيفة)) (3023)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya batu besar yang bergegar menyebabkan kaki para ulama tidak dapat kekal di atasnya adalah kerana sifat tamak.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3139]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.