TEKS BAHASA ARAB
إن المؤمن إذا تعلم بابا من العلم عمل به أو لم يعمل، كان أفضل من أن يصلي ألف ركعة تطوعا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya orang mukmin itu apabila mempelajari satu bab ilmu, dia beramal atau tidak beramal, itu lebih baik berbanding dia solat sunat 1000 rakaat.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1261, hadis nombor 6441. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: إن المؤمن إذا تعلم بابا من العلم عمل به أو لم يعمل، كان أفضل من أن يصلي ألف ركعة تطوعا.
[فر، ((الضعيفة)) (3139)].
(Munkar)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya orang mukmin itu apabila mempelajari satu bab ilmu, dia beramal atau tidak beramal, itu lebih baik berbanding dia solat sunat 1000 rakaat.
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3139]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.