Barangsiapa yang mendatangi isterinya dalam keadaan haid, hendaklah dia bersedekah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أتى امرأة في حيضها؛ فليتصدق بدينار، ومن أتاها وقد أدبر الدم عنها ولم تغتسل؛ فبنصف دينار. كل ذلك عن النبي – صلى الله عليه وسلم -.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang mendatangi isterinya dalam keadaan haid, hendaklah dia bersedekah sejumlah satu dinar, dan barangsiapa yang mendatanginya lalu keluar darah daripadanya sedang dia belum bersuci (mandi hadas), maka baginya sejumlah separuh dinar. Itu adalah daripada Nabi SAW.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 944, hadis nombor 4867. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -:((من أتى امرأة في حيضها؛ فليتصدق بدينار، ومن أتاها وقد أدبر الدم عنها ولم تغتسل؛ فبنصف دينار. كل ذلك عن النبي – صلى الله عليه وسلم -)).
[طب، ((الضعيفة)) (4529)].

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang mendatangi isterinya dalam keadaan haid, hendaklah dia bersedekah sejumlah satu dinar, dan barangsiapa yang mendatanginya lalu keluar darah daripadanya sedang dia belum bersuci (mandi hadas), maka baginya sejumlah separuh dinar. Itu adalah daripada Nabi SAW.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4529].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.