Dosa hamba yang tidak dinikahi ditanggung oleh tuan mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من اتخذ من الخدم غير ما ينكح، ثم بغين؛ فعليه مثل آثامهن من غير أن ينقص من آثتمهن شيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengambil hamba yang tidak dinikahi, kemudian mereka melakukan dosa, dosa-dosa itu akan ditanggung oleh tuan mereka tanpa dikurangkan dosa-dosa tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 944, hadis nombor 4868. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سلمان – رضي الله عنه – سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم -: ((من اتخذ من الخدم غير ما ينكح، ثم بغين؛ فعليه مثل آثامهن من غير أن ينقص من آثتمهن شيء)).
[البزار، ((الضعيفة)) (4533)].

(Lemah)
Daripada Salman RA: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengambil hamba yang tidak dinikahi, kemudian mereka melakukan dosa, dosa-dosa itu akan ditanggung oleh tuan mereka tanpa dikurangkan dosa-dosa tersebut.
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4533].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.