Barangsiapa yang mendapat tiga orang cahaya mata

TEKS BAHASA ARAB

من ولد له ثلاثة، فلم يسم أحدهم محمدا، فقد جهل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang mendapat tiga orang cahaya mata, tetapi salah seorang daripadanya pun tidak dinamakan dengan nama Muhammad, maka sesungguhnya dia telah jahil.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 913, hadis nombor 4673. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس –رضي الله عنهما– مرفوعا: ((من ولد له ثلاثة، فلم يسمّ أحدهم محمدا، فقد جهل)).
[طب، الحارث، ((الضعيفة)) (437)].

(Palsu)
Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barangsiapa yang mendapat tiga orang cahaya mata, tetapi salah seorang daripadanya pun tidak dinamakan dengan nama Muhammad, maka sesungguhnya dia telah jahil.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan al-Harith. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 437].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.